Followers

Friday, May 13, 2011

HaTi AKu...


Hati adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan ia nikmat paling agung diberikan Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang.

Niat ikhlas itu akan diberi pahala. Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya membabitkan seluruh anggota tubuh manusia. Akibatnya, akan lahir penyakit masyarakat berpunca daripada hati yang sudah rosak itu.

Justeru, hati menjadi amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat.

Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 100 dosa? 1,000 dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.

Perkara ini jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud:

"Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam."
(Hadis riwayat Ibn Majah)

Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud:
"Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan."
(Surah al-Muthaffifiin, ayat 14)

Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya.

Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud:
"Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan."
(Surah al-Baqarah ayat 74)

Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah. Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah.

Perkara paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlaku kemusnahan amat besar terhadap manusia. Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah akibatnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan Allah pada hari akhirat kelak.

Kenapa hati mati? Hati mati disebabkan perkara berikut:

* Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

Allah berfirman bermaksud:
"Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata."
(Surah al-Zumar ayat 22)

* Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.

Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).

Firman Allah bermaksud:
"Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia."
(Surah al-Ra'd ayat 28)

Firman-Nya lagi bermaksud:
"Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik."
(Surah al-Syura ayat 88-89)






Tanda-tanda hati mati

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.

Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;

Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;

* Hubbul dunia (kasihkan dunia)

* Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)

* Membanyakkan makan dan menjatuhkan�anggota badan kepada maksiat kepada Allah.

Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;

* Zuhud dengan dunia

* Zikrullah

* Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah.

FROM: http://www.iluvislam.com/

Tuesday, December 7, 2010

Aku mesti muslim dari sudut 'AQIDAH

Assalamualaikum W.B.T

Agak lama aku x update blog aku nie..ok la..hari nie nak update

SAMBUNGAN darpd post apa ertinya aku menganut ISLAM

Pengabungan diri ngan ISLAM bukan dgn WARISAN,HOBI, atau  ZAHIR saje.BUT, dgn berpegang tguh ngn seluruh ajaran ISLAM serta sesuaikan diri  ngan ISLAM dalm seluruh aspek kehidupn degn RELA..

Berpegang pd 'aqidah yang murni adalh SYARAT  pertama bagi mereka yang menganut agama ISLAM n menjadikan ISLAM sebagai cara hidaupnya..Pegangan tersebut mestilah selari ngn AL-QURAN & AS-SUNNAH..


AKU MESTI BERIMAN DENGN PERKARA2 BERIKUT:

1.Aku mesti beriman bhawa pencipta alam ini adalh Tuhan y Maha Bijaksana lagi Berkuasa,Maha mengetahui serta tidak memerlukan pertolongan sesiapapn..

2.Aku mesti beriman bahwa Tuhan y Maha Mulia tidaklah mencipta segala kejadian alam secara sia2 tanpa apa tujuan.Allah mengutuskan Rasulullah bagi menjelaskan tujuan Allah menjadikan sesuatu secara terperinci..

3.Aku mesti beriman bahawa Allah mengutus Rasul2 dan diturunkan kitab2 bagi mereka utk mengajar manusia supaya KENAL Allah n FAHAM matlamat kejadian mereka ,TAHU asal usul mereka n KEMANA  mereka akn KEMBALI. & beriman bahawa Nabi MUHAMMAD RASUL TERAKHIR.

4.Aku mesti beriman bahwa matlamat kewujudan insan ialah mengenali Allah & memberi penuh ketaatan kepadaNYA  & mengabdikan diri kepadaNYA..

5.Aku mesti beriman bahwa ganjaran bagi mu'min y taat kepada Allah ialah syurga.Manakala balasan ke atas y kafir lagi durhaka ialah api neraka..

6.Aku mesti beriman bahawa sekalian manusia melakukan kebaikan n kejahatan dgn pilhn n kehendak sendiri.NAMUN,kebaikan y dilakukan tidak akan berlaku tanpa taufiq dan 'inayah dari Allah..manakala amalan jahat tidaklah merupakan paksaan dari Allah tetapi ianya termasuk dalam batsn keizinan dan kehendakNYA..

7.Aku mestilah beriman bahwa urusan penciptaan undang2 itu hak mutlaak ALLAh ..tidak harus sama sekali manusia mendahului atau membelaknginya..Apa y boleh hanye ilmuan muslim atau para ulama berijtihad mengeluarkn hukum2 dari nas2 syariat dlm batas2 y diizinkan..

8.Aku mesti berusaha mengetahui nama2 & sifat2 Allah yang layak bagi kemulianNYA

9.Aku mesti berfikir merenugi kehebatan kejadian2 Allah ,bukan memikirkan ZatNya sebagai mengikuti dan mentaati perintah Rasulullah

10.Sifat2 Allah terdapat banyk ayat2 suci Al-Quran membuktikan kesempurnaanNya .Beberapa ayat Al-Quran membuktikan kewujudan Allah,sifat baqa'(kekal), sifat qadim(sedia ada), sifat Ia berlainan dengn segala makhluk , tidak mempunyai anak ,tidak ada y menandingiNya.Tuhan itu wujud dengn sendirinya ,Maha Kaya  dari segala makhluknya dan makhluk berhajat kepada kebesarnNya .Ayat2 Al-Quran juga membuktikan keEsaan Allah pada ZatNya ,sifat-sifatNya  dan perbuatanNya ,kekuasaanNya  dan keluasan ilmuNya..Ini menunjuk iradah Allah mengatasi segala iradah yang lain dab Allah itu bersifat penuh dengan kesempurnaaan...

11.Aku mesti meyakini bahwa pendapat n pandangn para salaf adlah lebh utama diikuti bgi menyelesaikan perbahasan tentang penta'wilan dn penta'hilan sesetngh ayat suci Al-Quran yakni membiarkan sebahgian dari sifat2 Allah dalm Al-Quran degn menyerahkan hakikat sebenar mengenai maknanya kepada Allah..

Aku menyakini bhwa berbagai bentuk penta'wilan ayat2 tertentu oleh golongan khalaf (terkemudian)tidak wajar dijadikan sebab kepada perselisihan y berlarutan n jgn smpai timbul kembali perbalahan antara golongan khalaf dan salaf di masa lampau mahupn masa kini

12.Aku mesti mengabdikan diri hanya kepd Allah semata-mata tidak mngengutukan dgn yang lain.Oleh itu aku akn menyahut seruan Allah dan RasulNya dgn menyeru manusia supaya mengabdikan diri kepada Allah n tidak tunduk kepada sesuatu selain Allah..

13.Aku mesti takut hanya kepadNya n tidak takut kepada yang lain....Perasaan takut tersebut menyebabkan aku menjauhi kemurkaan Allah n larangan2 Allah...

14.Aku mesti senantiasa mengingati Allah dan berzikir menyebut namanya utk menjadikan diam aku adlh dlm berfikir dan apabila bercakap adalh berzikir..
 mengingati Allah itu merupakan  ubat penawar y paling mujarab utk jiwa dan senjata paling ampuh utk mengahdapi serangan2 zaman ini..

15.Aku wajib menyintai Allah sebenar-benar cinta yang mana akan membuat aku sentiasa rindu dan terikat dengannya.Malah mendorong aku menambah amalan2 kebaikan,berkorban dan berjihad di jalanNya sepanjang masa..

16.aku mesti bertawakal sepenuhnya kpd Allah dlm setiap keadaaan dan menyandarkan setiap urusan padanya..ini akan membangkitkan kekuatan zahir n batin dlm jiwa n memyebabkan segala kepayahan dapt dihadapi degn mudah...

17.Aku mesti mensyukuri  nikmat-nikmatnya ke atas diri aku merupakan kurniaan n rahmat y tidak terhitung jumlahnya..

18.Aku  mestilah sentiasa beristighfar memohon keampunan kepada Allah..istighfar itu membersihkan diri dari dosa di samping memperbahrui taubat n iman..malah ia kan memberikan kerehatan dan keheningan kepda jiwa..

19.Akhir sekali,aku mesti sentiasa bermuraqabah(merasai berada di bawah pengawasan) dgn Allah dalam keadaan terang mahupn tersembunyi...

Wallahua'lam....

Friday, November 26, 2010

Cara kempiskan perut ,peha and etc..

Assalamualaikum w.b.t

Ramai kat luar sane mencari-cari cam ne la nak kempis perut y boroi,peha y besar dan lain2..Semalam aku ad bukak website kevin zahri...malaysian fitness..YANG PENTING BURN THE CALORIES AND BUKAN ABS EXERCISES SEMATA-MATA..huhuhu..KENE RAJIN JGN MALS2


Secara purata manusia membakar calories sebanyak 2000..TU XDE EXERCISES

TAPI....usually people mengambil  kalori melebihi tahap pembakaran..SO,y lebh tu g mane yerk???MESTI LA DI STORE menjadi LEMAK..hahahhah




1.SENAMAN KARDIOVASKULAR ITU PENTING UTK BAKAR LEMAK KORANG...
2.SENAMAN OTOT UTK KUATKAN OTOT XDE LA LEMBIK JE SMACAM..huhuhuhu

SO, akal y cerdas didapati pada badan y cergas dan ALLAH itu cantik dan suka pada kecantikan...insyaAllah,mari kita sama amalkan...heheheh(^_^)

Thursday, November 25, 2010

Apa ertinya aku menganut Islam

RUJUKAN:Fathi Yakan,Apa Ertinya Saya Menganut Islam.



 MUQADDIMAH

kalo korang perasan la,umat islam skung dah x macam umat islam pada zamn kegemilangan islam.Semuanya hancur belaka..Paling mudah,kita tgk bab aurat la...Ramai wanita skung berpakaian tapi TELANJANG...Emmmmm

APA SEBABNYA EK???

Korang nak taw x ramai  orang menjadi muslim kerana hobi atau dilahirkan...Kebanyakan meraka tidak memahami makna menggabung diri ngan Islam..THAT WHY LA..

DIORANG SEDAR X ?

diorang sedar sebenarnyee  yang mereka dalam keadaan lemah dan sakit...TAPI,x taw nak wat ape utk memperbaiki keadaan tadi..Sebaliknya,diorang apply dasar2 dan sistem2 ciptaan manusia yang disangka baik..Padahal HAMPEH...penuh ngan keburukan, kehancuran, krisis, kerosakan n keruntuhan..

DAH LA AMIK DASR BART...Malah menanamkan kefaham BARAT n pemikiran KAPITALISME  dalm kepala umat islam...

EFFECT:

1.rosak peribadi umat.
2.kucar-kacir pemikiran.
3.rosak akhlak
4.membawa kpd ketewasan umat islam.


ISLAM IS SYUMMUL
kekosongan ini x dapt diisi selain ngan ISLAM sama ad dari sudut  AQIDAH, SISTEM HIDUP, AKHLAK, mahupun SYARIAT PERUNDANGAN...



to be continued....

Wednesday, November 24, 2010

Honda Wave 125

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulilah,ari nie aku dapt motor...YAHOO!!!heheh
agak leceh gak coz kene g jpj tukar name kat gran motor.Walaupun motor secondhand,aku akan jaga ngan baik.Memang niat di hati nak beli lc tapi risiko r..dah la mahal...kalo beli confirm hutang..hahha..mane la aku ad duit rm6++++..aku beli pn pakai duit parent..huhu...Tapi motor nie ok gak ..ringan,engine smooth n laju..hahha..aku dah tension bawk motor kriss...bukan nak condem buatan malaysia tapi fahm2 jela...hahha...lain orang lain ragamnya..

pasnie leh la aku g kuliah naik motor ..NO MORE RAPID KL..ehehheh

Nie la dia motor pertama aku:


so,hargailah pengorbanan parent anda yang telah membelikan anda motor..Bersyukur dengan apa yang ada..huhu